Saudi denda pemandu RM11,000 jika ingkar perintah berkurung Covid-19

0
770
FOTO: Wikimedia Commons/Ammar shaker / Public domain

TEGAS… Kerajaan Arab Saudi mula bertindak lebih tegas terhadap penduduknya yang degil langgar perintah berkurung bagi bendung penularan Covid-19 di seluruh negara tersebut.

Ia susulan peningkatan jumlah penghidap virus korona itu yang semalam sudah cecah 900 kes dan dua kematian sejak pesakit pertama seorang warga tempatan dikesan pada 2 Mac lalu.

Antaranya tempoh waktu perintah berkurung di kesemua 13 wilayahnya mulai hari ini ditetapkan bermula seawal jam 3 petang berbanding pukul 7 petang dan berakhir 7 pagi keesokannya.

Selain itu, jurucakap di Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Kolonel Talal Al-Shalhoub memaklumkan bahawa pemandu kenderaan yang ingkar juga akan dikenakan hukuman keras.

Ini termasuk denda bermula daripada serendah 10,000 riyal (kira-kira RM11,571) ke atas pesalah itu manakala kesalahan berulang boleh dipertimbangkan penjara sehingga 20 hari.

Talal yang dipetik dipetik akhbar tempatan, Arab News juga mengesahkan lima orang sudah ditahan kerana masih degil tidak patuhi perintah berkurung namun tidak dedah lokasi mereka.

Beliau turut beri amaran kepada semua pihak agar tidak berkongsi foto atau video pesalah demi pelihara maruah individu terbabit dan jika dikesan, mereka juga boleh dihukum lebih keras.

Pelaku rakaman tersebut akan didakwa mengikut Akta Jenayah Anti-Siber yang jika sabit di mahkamah boleh didenda maksimum 3 juta riyal (atau RM3.5 juta) dan penjara lima tahun.

Hukuman berkenaan namun tidak meliputi pemberi maklumat yang tampil mengadu kepada pihak berkuasa mengenai perihal kesalahan individu didapati ingkar perintah berkurung itu.

“Kami ambil langkah serius kerana situasi semasa makin kritikal,” jelas Talal merujuk kes kedua maut Covid-19 yang melibatkan seorang penduduk Makkah berusia 46 tahun semalam.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here