Wany Hasrita tampil single baharu

0
224
PADA 28 Mac, lagu Canggung single baharu Wany Hasrita akan dilancarkan dalam YouTube FMC Music pada pukul 8 malam.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

ESOK (27 Mac) pada pukul 8 malam, penyanyi Wany Hasrita, 28, akan melancarkan single baharu dendangannya, Canggung dalam saluran YouTube FMC Music.

Canggung merupakan lagu kedua ciptaan Hael Husaini dan Ezral Kong setelah kejayaan single duet bersama Datuk Jamal Abdillah, Belenggu Rindu.

Belenggu Rindu berjaya mencatat 11 juta tontonan di YouTube walaupun baru enam bulan muzik video tersebut dimuat naik.

“Saya masih menggunakan khidmat Hael dan Ezral kerana karya mereka kena dengan cita rasa saya seperti mana lagu Belenggu Rindu.

“Cuma kali ini saya menyanyi solo dan harap peminat dapat menerima lagu Canggung seperti lagu-lagu dendangan saya sebelum ini,” katanya penuh harapan.

Diam tak diam sudah empat tahun Wany Hasrita melayari dunia seni dan beliau adalah di antara penyanyi baharu yang berjaya.

CANGGUNG adalah karya ciptaan Hael Husaini dan Ezral Kong.

Lagu debut Menahan Rindu berjaya mencatat nama Wany Hasrita sebagai penyanyi yang mendapat perhatian ramai peminat seni muzik tanah air.

Dalam tempoh empat tahun bergelar anak seni, Wany telah menghasilkan lapan single lagu dalam pelbagai genre muzik.

“Saya bersyukur kerana perjalanan seni yang saya mulakan sejak empat tahun lalu berjalan dengan lancar. Bukan setakat lagu balada,  saya juga berjaya merakam lagu irama tradisional, Ewah Ewah, ciptaan arwah Pak Ngah.

“Malah saya berpeluang merakam lagu berduet dengan Tajul antaranya, Di Sana Cinta Di Sini Rindu dan Rindu Dalam Benci. Impian untuk berpadu suara dengan Datuk Jamal juga berjaya direalisasikan,” jelasnya yang telah merakam lapan single sehingga kini.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here