Hidup PKP

    KELIHATAN sekumpulan pemancing pada waktu matahari terbenam ketika tinjauan di sekitar pesisir pantai Kampung Rancha-rancha di sini. Masih terdapat segelintir daripada masyarakat yang berdegil dan tidak mematuhi arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerajaan kini melanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April ini bagi membendung penularan COVID-19. --fotoBERNAMA

    Oleh DATO PROF EMERITUS DR HASHIM YAACOB & ADI SUKMA

    KAMI adalah orang biasa yang bergantung rezeki hidup diatas pendapatan pekerjaan sendiri. Kalau kami bekerja, maka adalah pendapatan untuk meneruskan hidup sekeluarga. Kalau tidak , maka banyaklah masalah akan timbul yang berpunca daripada kekurangan wang.

    Hari ini Perdana Menteri YAB Muhyiddin Yasin telah mengumumkan perlanjutan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan ) hingga 14 April 2020.

    Kami sujud syukur dengan tindakan Perdana Menteri ini. Beliau telah meletakkan keutamaan dan kepentingan kesihatan serta kesejahteraan rakyat supaya tidak dilanda musibah Covic 19 yang boleh membinasakan nyawa.

    Kami menyokong penuh tindakan Perdana Menteri ini,dan berharap semua rakyat menyambutnya dengan rela hati.

    Biar kita kekurangan wang sedikit kerana tidak bekerja untuk seketika waktu dan berjimat makan, asalkan kesihatan dan kesejahteraan serta nyawa kita terjamin.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here