Covid 19- UMNO Shah Alam sumbang makanan untuk petugas Hospital Shah Alam

0
9722
KETUA UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari (kanan) menyampaikan sumbangan makanan kepada wakil Hospital Shah Alam.

Oleh ARRAZAQ NAZRI

SHAH ALAM – Petugas barisan hadapan di Hospital Shah Alam yang bertugas menyaring pesakit Covid-19 disantuni UMNO Bahagian Shah Alam yang hadir menyampaikan bantuan makanan tengahari.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari, bantuan tersebut walaupun ala kadar tetapi ia membuktikan komitmen pihaknya membantu wira negara tersebut.

“Kita semua sedar bahawa ujian yang kita lalui ini memerlukan pengorbanan semua pihak.

“Hari ini kita hadir dengan kelengkapan keselamatan yang lengkap agar tidak dijangkiti. Kita hadir bukan untuk mengganggu tugasan pihak hospital tetapi sekadar membantu,”katanya kepada pihak media di sini hari ini.

Azhari berkata, pihaknya berharap rakyat Malaysia khususnya ketua keluarga di Shah Alam supaya menjaga keluarga dengan penuh kesabaran.

Katanya, setakat ini bekalan makanan mencukupi di bandaraya ini maka orang ramai tidak perlu risau.

“Justeru saya menyeru ketua keluarga dan orang perseorangan untuk duduk di rumah hingga 14 April depan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir,”katanya.

Beliau menambah, program tersebut akan diadakan dari masa ke semasa sehingga wabak tersebut berakhir.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here