Batalkan mysalam

0
590

SKIM paling bodoh atas dunia adalah skim insurans MySalam. Kerajaan bayar RM400 juta setiap tahun kepada syarikat Singapura dan rakyat hanya mampu tuntut semula RM13.7 juta daripada syarikat tersebut (rekod tahun 2019).

Skim ini berjalan untuk 5 tahun dengan peruntukan kewangan RM2 bilion sepanjang tempoh tersebut.

Bila berlaku wabak Covid, satu hapak pun tak ada guna dan semua golongan terutama B40 terpaksa jalani rawatan di hospital kerajaan.

Saya cadang kerajaan seberapa segera batalkan skim MySalam dan gunakan peruntukan tersebut untuk perkara yang boleh memberi kesan kepada negara.

Dengan RM400 juta kerajaan boleh:

1. Lantik 8,000 orang jururawat kontrak atau,

2. Melaksanakan 571,000 hingga 666,000 ribu ujian pengesanan COVID-19 di rumah melalui lantikan kontrak kepada pihak kesihatan swasta dalam negara atau,

3. Membekal 2 juta liter sanitizer kepada rakyat dan premis kerajaan atau,

4. Menyediakan 200 juta unit topeng muka 3 lapis kepada penduduk dan petugas kesihatan secara percuma

Sekian saya mencadangkan.

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu


Penafian: Pendapat di atas adalah semata-mata pendapat penulis dan tidak mencerminkan penirian bebasnews.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here