Covid-19: satu lagi kematian, jumlah meningkat kepada 24 orang

0
378
GAMBAR fail/emel.

KUALA LUMPUR  — Satu lagi kematian akibat COVID-19 dilapor di Malaysia menjadikan jumlah kumulatif kini 24 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya kes kematian ke-24 itu merupakan seorang warga Malaysia berusia 35 tahun.

“Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada awal Mac lepas. Beliau mula bergejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

“Hasil ujian pengesahan COVID-19 didapati positif pada 20 Mac. Kesihatan beliau merosot hari demi hari dan disahkan meninggal dunia pada 26 Mac (semalam) jam 9.30 malam,” katanya menerusi kenyataan dalam akaun Facebook rasminya, hari ini.

Kementerian Kesihatan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit, tambahnya.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here