KKM kesan 5 ‘generasi’ kes Covid-19 dikaitkan dengan kluster tabligh

0
490
Petugas dari Kementeria Kesihatan Malaysia (KKM) dengan pakaian khas ketika membuat ujian saringan pada setiap individu dari kumpulan tabligh yang hadir pada sesi tersebut di Masjid Seksyen 7. NSTP/OSMAN ADNAN

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

KEMENTERIAN Kesihatan telah mengesan lima ‘generasi’ kes positif Covid-19 yang mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa daripada kluster tabligh itu sebanyak 711 kes terjangkit kepada keluarga masing-masing, lapor The Star.

Beliau berkata jika dilihat kepada kluster tabligh, terdapat 711 kes indeks dan kes-kes tersebut telah merebak kepada keluarga mereka yang merupakan generasi pertama.

Ahli-ahli keluarga mereka kemudian menjangkitkan kepada jiran dan kemudian jiran merebakkan kepada kawan-kawan mereka, tambah beliau lagi.

“Kita melihat jangkitan pada lima generasi…setiap seorang yang menjangkitkan kepada individu lain…terdapat lima generasi,” kata Dr Hisham.

Kluster tabligh merupakan 55% daripada kesemua kes di negara ini, atau 1,117 daripada jumlah 2,031 hingga sekarang.

Dr Hisham berkata pihak KKM akan cuba menentukan cara untuk mengenal pasti mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan peserta tabligh itu dan ini akan memakan masa.

Hingga kini beliau berkata seramai 13,762 peserta ijtimak tabligh telah disaring dengan perolehan 9,327 sampel akan menjalani ujian.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here