Berbezakah Ramadan kita tahun ini?

0
1025
FOTO: Darwish Iman.

Oleh ARRAZAQ NAZRI

EPISOD usaha mengekang pandemik Covid-19 kini memasuki hari ke 9 dan bilangan korban terus meningkat.

Kita hanya mampu berusaha sebaik bagi melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac dan kini dilanjutkan hingga 14 April depan, iaitu 10 hari menjelang 1 Ramadan pada 24 April.

Berbezalah suasana Ramadan kita kali ini. Tiada siapa yang mengetahui.

Mungkin kali ini, kita diinginkan supaya mengimarah rumah-rumah sendiri yang sekian lama tiada solat berjemaah dan sunyi tanpa kedengaran alunan merdu al-Quran.

Sesungguhnya kita semua sedang diuji oleh Allah SWT dan ujian-Nya datang dalam pelbagai bentuk termasuklah pandemik Covid-19.

Sebaiknya langkah terbaik membendung wabak Covid-19 ini adalah dengan kita kembali menghayati ajaran Islam yang merupakan Addin atau cara hidup atau jalan menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Pada masa sama, Islam mendidik umatnya mentaati ulil amri atau pemerintah terutama dalam soal menjaga nyawa dan harta.

Marilah kita patuh kepada PKP untuk mengelak kita daripada ditimpa musibah yang lebih buruk lagi dan menjadi semakin sedar terhadap kekuasaan Allah SWT.

Bersama-samalah kita mengekang penularan virus Covid-19 dengan terus duduk di rumah bersama keluarga kita, sambil berdoa agar kita mampu kembali memenuhi surau atau masjid pada bulan Ramadan nanti.

Sebagai umat Islam, doa adalah juga senjata kita, teruskan dan beriltizamlah dengan usaha ini, semoga kita sempat menemui Ramadan dengan semangat baharu, untuk kekal bersungguh-sungguh beribadah kepada tuhan yang maha berkuasa.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here