Mamat Khalid nak `lamar’ Ogy

0
441
AHLI Persatuan Pemuzik Dorai bersama Mamat Khalid (tengah sekali)

Oleh NAFSIAH JANI

MAMAT Khalid nak `lamar ‘ Fauziah Ahmad Daud (Ogy ) ke? Jangan salah faham lamaran Mamat Khalid nak buat kepada Ogy ini untuk filem terbarunya Classmate Hantu Kak Limah- Hantu Kak Roziah.

“Masa buat skrip Abang dah bayangkan pemegang watak ini memberikan lakonan yang bermutu bagi menghidupkan watak. Waktu itu Abang dah nampak dan bayangkan Ogy sebagai Kak Roziah rakan sekelas Kak Limah yang jadi hantu jugak . Mungkin Abang nak pinjam kebagusan lakonan dia, aura dia untuk menjadikan karakter ini bermutu.

“Skrip dah siap. Abang belum pujuk atau jumpa Ogy lagi dan Abang cukup respek dengan lakonannya. Tapi Abang dah pasang agen untuk aturkan perjumpaan Ogy dengan Abang bila Ogy berkelapangan,’’ kata Mamat Khalid yang lebih senang membahasakan dirinya dengan panggilan Abang

Ditanya andainya Ogy tidak berminat adakah ini akan dia akan menggantikan dengan pelakon lain? Kata Mamat Khalid,”Buat masa ini Abang tak terfikir pengganti Ogy. Tapi keutamaan abang tetap pada Ogy juga. Watak Ogy nanti sebagai Kak Roziah seorang bidan kampung…watak dia serius..kalau dah keliling dia watak-watak kelakar… kelakar jugalah Ogy jadinya nanti

Jika tiada halangan, filem Classmate Hantu Kak Limah – Hantu Kak Roziah akan menjalani penggambaran September nanti. Filem ini bakal menjalani penggambaran selepas filem komedi terbaru Mamat Khalid, Manap Karaoke ditayangkan pada Ogos nanti.

Mamat Khalid menambah,”Manap Karaoke ini dah dua tahun disiapkan dan filem ini dibintangi Joey Daud, Mona Allen, Pekin dan Ropie. Abang juga bersyukur filem terbaru Abang, Rock 4: Rocker Never Dai yang ditayangkan 20 Februari lalu mendapat kutipan lebih 2 juta.’’

Bercakap mengenai Persatuan Pemuzik Wilayah Dorai (PPWD) yang menjadikan filem Rock 4: Rocker Never Dai sebagai tayangan amal untuk persatuan ini, Mamat Khalid berkata,”Bila mereka datang berjumpa Abang, ia menggamit kembali memori lama. Abang berbesar hati sebab mereka berjaya kumpul rocker-rocker untuk tengok filem ini.Tak sangka Abang lepak kat sana tahun 1983 dan mereka pada tahun 1988. Kompleks Wilayah itulah tempat Abang berkumpul dengan kawan-kawan, beli baju rock sebab tempat parkingnya senang berbanding Kompleks Pertama dan Campbell.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Pemuzik Wilayah Dorai (PPWD), Kaswan Arsat berkata,”Jom Layan Wayang hari ini adalah program kedua PPWD setakat ini.. Program percuma ini terbuka kepada semua ahli dan tak sangka ia mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Mulanya kami nak kosongkan kerusi di bahagian hadapan namun ramai yang nak datang terpaksa kami isikan juga penonton di kalangan ahli yang merupakan artis-artis atau penyanyi kelab malam, pelakon dan pelawak.

“PPWD bertuah kerana kami mempunyai seorang penaung yang cukup dermawan dan pemurah yang lebih suka dikenali sebagai Triple X yang banyak membantu memberi dana kepada persatuan. Bukan itu saja, Triple X juga banyak membantu dan mengajar kami untuk cari income bulanan bagi disalurkan pada ahli-ahli yang susah.’’

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here