Pasaraya di Klebang tidak patuhi arahan KKM

0
947
ORANG ramai beratur di kaunter tidak dikawal untuk jarak sosial.

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA – Sebuah pasaraya yang baru dibuka di Klebang dekat sini tidak mempedulikan garis panduan kesihatan dan keselamatan seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dari segi bilangan pengunjung dan jarak sosial bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Tinjauan BebasNews di pasaraya tersebut mendapati orang ramai berpusu-pusu memasuki
pasaraya itu untuk membeli pelbagai barangan kep rluan harian.

Keadaan itu sebenarnya berlaku setiap hari sejak kerajaan mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan ekoran penularan wabak Covid-19.

Walaupun mempunyai pengawal keselamatan namun pihak pengurusan tidak menghadkan bilangan pengunjung yang memasuki pasaraya itu dan bersesak-sesak khususnya di bahagian barangan mentah seperti ikan, sayur, ayam dan sebagainya.

PELANGGAN membeli ikan, daging dan ayam beratur terlalu dekat dan tidak dikawal pengawal keselamatan pasaraya.

Keadaan itu turut mengusarkan orang ramai yang ada di antara mereka apabila sampai dan melihat kesesakan di situ membatalkan hasrat untuk memasuki pasaraya tersebut.

“Saya tidak berani nak beli barangan keperluan di sini. Tengoklah orang terlalu ramai dan
mereka berada terlalu dekat antara satu sama lain.

“Saya hairan kenapa pihak pengurusan pasaraya ini tidak mematuhi arahan iaitu menghadkan kemasukan pelanggan dan jarak sosial,” kata seorang pekerja swasta yang mahu dikenali sebagai Azahruddin Hamid.

Lebih memeranjatkan apabila pelanggan yang beratur di kaunter pula tidak berada dalam jarak sosial yang ditetapkan oleh KKM.

Sebaliknya, mereka beratur terlalu dekat hingga ada bersentuhan antara satu sama lain.

Pasaraya itu juga hanya meletakkan penanda jarak sosial pada beberapa kaunter pembayaran tetapi tidak digunakan bagi menjarakkan pelanggan yang lain.

Pengawal keselamatan yang ada pula hanya mengawal pintu masuk dan tidak mengawal
pelanggan agar mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh KKM.

Seharusnya pihak polis dan pihak berkuasa memantau pasaraya ini kerana pihak pengurusannya lebih mengutamakan keuntungan daripada soal keselamatan pelanggan ekoran

Walaupun Klebang belum berlaku sebarang kes positif Covid-19 tetapi pihak pasaraya tersebut sepatutnya mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh KKM.

– BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here