Subsidi upah diperkenal, tiada potong gaji atau buang pekerja

0
581
FOTO: Aziz A. Shariff

PERDANA Menteri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan program subsidi upah bernilai RM5.9 bilion bagi 3.3 juta orang untuk mengekang rakyat Malaysia yang hilang kerja akibat penularan wabak Covid-19.

Dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin sebanyak RM250 bilion, beliau berkata kerajaan akan menyediakan upah sebanyak RM600 sebulan bagi setiap pekerja untuk tempoh tiga bulan.

“Saya tidak mahu lihat pekerja dibuang kerja dan hilang pendapatan.

“Majikan mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan,” katanya.

“Selain itu, majikan juga tidak dibenarkan memotong gaji sedia ada pekerja,” tambahnya.

https://www.malaysiakini.com/news/517185
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here