Tiada faedah kompaun ke atas pinjaman yang layak – Maybank

0
432
FOTO: NSTP/MUSTAFFA KAMAL

KUALA LUMPUR — Maybank tidak akan mengenakan faedah kompaun bagi semua kemudahan pinjaman individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta bukan runcit/korporat yang layak bagi tempoh moratorium selama enam bulan yang diumumkan Bank Negara Malaysia baru-baru ini.

Maybank berkata produk yang layak di bawah skim automatik untuk pelanggan runcit dan PKS termasuk pinjaman peribadi, gadai janji, Amanah Saham Bumiputera (ASB), pinjaman pendidikan dan PKS.

Ia berkata pinjaman sewa beli berkadar tetap telah tidak mempunyai faedah kompaun.

“Bagi semua kemudahan pembiayaan Islam di bawah syarikat ini, kadar keuntungan kompaun sememangnya tidak dikenakan sejajar prinsip syariah,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Maybank berkata pelanggan bukan runcit/korporat yang layak perlu mengemukakan permohonan yang diperlukan untuk penangguhan itu melalui pengurus hubungan mereka atau pengurus korporat bank, sekiranya mendapat kelulusan, tanpa faedah kompaun juga diberikan kepada mereka.

Maybank berkata pandemik COVID-19 merupakan situasi yang tidak diingini berlaku dan bank mengambil peluang ini untuk melakukan perkara yang betul selaras dengan misi Menginsankan Perkhidmaan Kewangan.

“Bank berharap langkah tambahan ini akan dapat memberi lebih bantuan kepada mereka untuk tempoh ini di samping menyokong pelanggan kami dalam mengharungi cabaran lain yang mungkin dihadapi mereka,” menurut Maybank.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here