Covid-19: 130 kes positif baharu, tiga lagi kematian direkod – KP Kesihatan

0
262

PUTRAJAYA — Sebanyak 130 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam negara setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan 2,161 kes dengan jumlah kematian terkini seramai 26 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat tiga lagi kematian akibat COVID-19 direkodkan, termasuk satu kes yang disiarkan di laman Facebooknya, pagi tadi.

“Kes kematian ke-24 (kes ke-1,056) adalah seorang lelaki warga Malaysia berumur 35 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia. Beliau dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac dan disahkan meninggal pada 26 Mac, pukul 9.30 malam,” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, di sini, hari ini.

-Bernama

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here