Ahli ekonomi soal bagaimana Putrajaya akan biaya pakej rangsangan RM250 bilion

0
1214
fotoBERNAMA

SEORANG ahli ekonom tertanya bagaimana kerajaan merancang untuk membiayai pakej rangsangan ekonomi RM250 bilion yang diumumkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini.

Carmelo Ferlito dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi berkata pakej itu 16% daripada KDNK, sekitar AS$370 bilion, dan menambah ia satu cabaran yang besar.

Sambil memuji “usaha penting” kerajaan itu, beliau berkata bagaimana rancangan itu akan dibiayai nanti akan jadi persoalan.

“Inilah tanda tanya terbesar saya mengenai pengumuman itu,” katanya kepada FMT, dan menambah sumber kewangan untuk pakej rangsangan itu akan menarik perhatian.

Beliau juga meragui persiapan kerajaan sekiranya krisis Covid-19 berlarutan lebih lama, mengatakan pemberian tunai dalam pakej itu hanya boleh cukup untuk sebulan hingga 2 bulan.

“Apa akan berlaku sekiranya isu itu berlarutan lebih lama? Kita berdepan risiko kerana kita sudah menggunakan langkah terbaik kita,” katanya.

Beliau menyambut baik “niat jelas” kerajaan untuk mmebantu sektor perubatan dan Kementerian Kesihatan menerusi pakej itu, menekankan betapa pentingnya barisan depan dalam memerangi virus itu.

“Bagaimanapun, antara keraguan saya: Adakah kita menangani isu itu dari perspektif yang betul?”

Carmelo berkata magnitud wabak di Malaysia tidak sebesar di Wuhan, China atau Itali, dan menambah ada langkah lebih murah dan berkesan untuk mengharungi krisis itu.

Beliau tertanya adakah perlu merentikan ekonomi, mengatakan langkah itu berisiko menyebabkan lebih banyak kemudaratan berbanding virus itu.

Beliau mengesyorkan kerajaan mengikut langkah Korea Selatan, yang menjalankan pemeriksaan besar-besaran dan memperkenalkan pengasingan bersasaran, mengatakan negara itu berjaya mencapai keputusan terbaik dalam jangka masa paling singkat.

“Mulakan semula kegiatan ekonomi secara beransur-ansur, tetapi sebelum membuka semula apa sahaja perniagaan, paksa orang jalani ujian dan hanya mereka yang didapati negatif boleh kembali bekerja.

“Asing golongan yang negatif bersama golongan dalam kategori kritikal seperti warga emas, pesakit kanser, dan seterusnya,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/03/27/ahli-ekonomi-soal-bagaimana-putrajaya-akan-biaya-pakej-rangsangan-rm250-bilion/
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here