Covid-19: 150 rakyat Tunisia asingkan diri di kilang untuk buat topeng muka

0
449
FOTO: Tunis-Socialiste.

Oleh FETTY RARA

SERAMAI 150 pekerja di sebuah kilang di Tunisia memilih untuk bekerja menghasilkan lebih 50,000 topeng muka dan pakaian perubatan setiap hari dalam keadaan negara diletakkan bawah perintah ‘lockdown.’

Kebanyakan mereka yang terdiri daripada wanita bersetuju dikurungkan dalam kilang Consomed itu selama sebulan, lapor bbc.com.

Menurut pengurus operasi, Hamzah Alouini, apa yang dilakukan mereka adalah kerana semangat patriotisme yang kental memandangkan negara mereka sedang bergelut dengan wabak Covid-19.

Khawla Rebhi, antara pekerja yang berbuat demikian berkata beliau amat merindui keluarganya, namun beliau berasa terhibur bertugas bersama rakan-rakannya.

Beliau berkata pengorbanannya itu disokong oleh suami dan anak perempuannya yang berusia 16 tahun.

Kilang tersebut mengeluarkan dan mengeksport pakaian perubatan, tetapi kali ini mereka hanya menghasilkan bagi kegunaan sektor kesihatan dalam negara.

Negara di utara Afrika itu diletakkan dalam keadaan ‘lockdown’ sejak Ahad lalu setelah mencatatkan sebanyak 227 kes jangkitan dan enam kematian.

FOTO: Tunis-Socialiste.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here