Angkara tak peduli jangkitan Covid-19

FOTO: Aziz A. Shariff

Oleh Hashim Yaacob, FASc,FRCPath(UK),FDSRCS(Eng),FDSRCPS(Glasg),
FFOPRCPA(Aust), MSc (Lon), BDS (0tago), Dip Islam Stud (UIAM)
& Adi Sukma LLB (Reading)

(1)
SETAKAT minggu ini maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia meletakkan lebih daripada 2,000 rakyat dijangkiti Virus Corona, dengan 23 kematian.

Jumlah ini bertambah dari sehari ke sehari, membawa gerun ke dalam hati ramai rakyat. Tetapi ramai juga nampaknya tidak rasa takut langsung, kerana tidak mengindahkan cara untuk menghindarinya.

Semalam saya ke satu kedai serbaguna dan melihat kira-kira setengah daripada pelanggan tidak memakai topeng muka. Jarakkan sosial ( Social Distancing ) tidak kedapatan langsung. Tiada siapa boleh menghalang mereka daripada berkelakuan begitu di situ.
Di jalan raya sekitar kedai itu ramai juga yang tidak bertopeng.

Umum ketahui bahawa kerajaan telah menasihati dengan kuat supaya yang keluar rumah hendaklah memakai topeng, mengamalkan Jarakkan Sosial sejauh satu meter daripada satu sama lain. Kerajaan telah mengarahkan juga supaya jangan keluar dari rumah sekiranya tiada perkara yang mendesak untuk dilakukan.

KALAU BEGINILAH SIKAP RAKYAT INI, MAKA TUNGGULAH AKIBATNYA.
Jangkitan Covic akan terus merebak dan tidak akan dapat dihapuskan.

Maka bukan sahaja orang yang tidak bertanggung jawab ini akan dijangkiti dan menderita sakit, tetapi juga orang yang tidak berdosa akan menderita akibat daripada perbuatan mereka yang tidak peduli ini.

(11)
Sikap tidak peduli manusia seperti ini mengingatkan kami kepada doa Nabi Yunus a.s yang memohon ampun kepada Allah SWT di atas keingkarannya menurut Perintah Allah SWT, sehingga tercampak belia ke dalam bermacam kegelapan.

Nabi Yunus a.s telah menganiaya dan berlaku kejam keatas dirinya kerana keingkaran itu. Doanya:

“Tiada tuhan melainkan Engkau (Ya Allah). Maha Suci Engkau. Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim yang menganiaya diri sendiri”.

Menganiayai diri sendirilah dan diri orang lain yang sedang dilakukan oleh orang yang mengingkari nasihat Kerajaan supaya menghindari jangkitan Covic 19.

TUNGGULAH DAN TANGGUNGLAH AKIBATNYA KALAU TERUS BERKELAKUAN DEMIKIAN.

— BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here