Kerajaan negeri Melaka bantulah kami

4
8801
PENGHUNI wanita terdiri daripada golongan gelandangan, OKU, warga emas dan pesakit mental yang menghuni di Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Melaka di Jalan Tebing Tinggi Melaka, Duyong, Melaka.

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA — Sebuah pusat yang menguruskan golongan gelandangan, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pesakit mental di Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Melaka, Tebing Tinggi, Duyong, dekat ini mengharapkan bantuan daripada kerajaan negeri.

Pusat itu yang diuruskan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Melaka memerlukan bantuan sebanyak RM240,000 untuk menguruskan pusat tersebut.

Pengerusinya, Zainal Abidin Mohd Zain berkata, setakat ini pusat itu yang menempatkan sebanyak 151 penghuni terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, India, Cina dan lain-lain kaum mendapat peruntukan makanan dan minuman daripada JKM negeri hampir RM300,000 setahun.

PENGHUNI lelaki di Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Melaka di Jalan Tebing Tinggi, Duyong, Melaka.

Bagaimanapun, katanya, peruntukan melalui geran Rangsum daripada JKM tidak mencukupi untuk menampung kos pengurusan dan operasi pusat itu melibatkan sebanyak 11 kakitangan serta seorang jururawat yang mengendalikan sebuah klinik terdapat di pusat tersebut.

Geran Rangsum daripada JKM itu khusus untuk makan dan minum bernilai RM5 sehari membabitkan 151 penghuni keseluruhan berjumlah RM1,800 sehari iaitu kos bahan mentah untuk keperluan sehari.

“Pihak pengurusan telah mengemukakan surat permohonan peruntukan daripada kerajaan negeri terdahulu pada Disember 2019 tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.

“Justeru, saya mewakili pihak pengurusan ini mengharapkan kerajaan baharu yang dibentuk dapat mempertimbangkan permohonan kami kerana pusat ini belum pernah mendapat bantuan daripada kerajaan negeri,” katanya ketika ditemui di pusat itu hari ini.

SALAH seorang petugas sedang memberi ubat kepada penghuni wanita yang mengalami pelbagai penyakit.

Zainal Abidin berkata, pusat itu juga mendapat bantuan daripada Majlis Bandaraya Melaka
Bersejarah (MBMB) selain membenarkan bangunan milik pihak berkuasa tempatan itu digunakan untuk menempatkan golongan terbabit, MBMB jugaturut membayar bil elektrik manakala YayasanMelaka pula membayar bil air setiap bulan.

“Penghuni di sini dijaga rapi termasuk waktu makan diberikan sebanyak lima kali sehari dan pada setiap petang sebahagian daripada penghuni diberikan ubat mengikut penyakit yang dialami mereka,” ujarnya.

Pusat penjagaan gelandangan yang dikatakan yang pertama diwujudkan itu dibuka pada 17 Mei 2010 hasil cetusan idea bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Jelasnya, sejak pusat itu wujud tidak ramai penduduk di negeri ini yang menyedari kewujudan pusat tersebut yang menempatkan bukan sahaja golongan gelandangan tetapi juga warga emas, OKU dan pesakit mental berusia antara 22 tahun hingga 86 tahun.

“Pusat ini bukan sahaja menempatkan penghuni dari negeri ini tetapi juga dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Sabah dan arawak,” ujarnya.

Selain itu jelasnya, pusat itu juga bertanggung jawab untuk menguruskan jenazah penghuni yang meninggal dunia (tanpa waris).

PERTUBUHAN Kebajikan Villa Harapan Melaka di Jalan Tebing Tinggi, Duyong, Melaka.

Beliau menambah pusat itu juga turut mendapat bantuan daripada orang perseorangan yang menghulurkan bantuan untuk menampung kos pengurusan.

Orang ramai yang berhasrat untuk menghulurkan bantuan boleh menghubungi Pertubuhan
Kebajikan Villa Harapan Melaka, 1212-2, Jalan Tebing Tinggi, Duyong ditalian 06-2672820 dan email: [email protected].

Manakala yang ingin menghulurkan sumbangan wang boleh dibuat melalui CIMB 800948, Pertubuhan Kebajikan Villa Harapan Melaka.

–BebasNews

Please follow and like us:

4 COMMENTS

  1. Maaf bertanya..knp mereka dibagi makan 5x sehari..??????? Ckplah mengikut kemampuan dan mengikut keperluan biasa harian spt 3x sehari sudah memadai..Sarapan pagi + makan tengahari + Makan malam.
    Makan berlebihan boleh membawa kpd kehdpan kurang baik spt kegemukan dan sikap malas berdikari..

  2. Salam..rm 5.00 sehari kalau makan 5 x sehari pun apa salah nya 😊1) pagi 7 am sarapan pagi 2) pukul 10 minum teh and biskut 3)12 makan tengah hari 4) minum teh sebelah ptg dan akhir sekali 5) makan malam. Encik kassim b abdullah dh nama org kurang upaya, oku dan org tua2 dan sakit mantel nama pun rumah kebajikan 😊 apa salah nya membantu tk di paksa pun😊kalau di hospital pun ikut time, office pun ikut time bila lapar makan shj jangan mudaratkan kesihat sudah😊.anak2 yg tinggal sekolah asrama ikut time juga baru kita sihat dan badan kita memelukan zat2 dan vitamin dari pada makanan seharian yg kita makan kita perlu air makanan mecukupi untuk kesihatan seharian dan juga ubat2 makanan yg berasiat bukan yg megemokan dan bagi yg ingin membantu tk kira agama biar membantu dengan hati dan naluri iklas bukan nya dari keritikan..yg baik itu datang nya dari Allah yg tk baik itu dtg nya dari diri sendiri..😊wasalam

  3. Bersyukur ada insan mulia sudi jaga mereka semua. Kita pun belum tentu sempurna kehidupan bila di hujung2 usia jika ditakdir panjang umurnya kita🥺🥺 . Moga diberi kebaikan kpd semua insan mulia di bumi Allah ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here