Covid-19: Lebih 900 kematian dalam sehari di Itali

0
425
FOTO: La Repubblica

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

ITALI mencatatkan 919 kematian akibat jangkitan Covid-19, angka paling tinggi dalam sehari sejak wabak tersebut menular di negara itu.

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Abraham Ghebreyesus berkata kekurangan kelengkapan keselamatan yang dialami di serata dunia sekarang adalah antara ancaman paling mendesak dalam usaha menyelamatkan nyawa, lapor bbc.com.

Itali merupakan negara paling terkesan oleh wabak itu hingga seluruh negara ditutup dan rakyat diarahkan supaya berkurung.

Semalam (Jumaat), kerajaan memberi amaran bahawa sekatan mungkin akan dilanjutkan sehingga 3 April.

Wilayah Lombardy di utara negara itu adalah yang paling teruk dilanda wabak berkenaan.

Pada Khamis jumlah kes didapati telah berkurangan, justeru menimbulkan harapan bahawa mungkin wabak itu telah sampai ke kemuncaknya dan akan beransur reda. Bagaimana pun, lonjakan jumlah kematian begitu tinggi semalam terus melenyapkan harapan tersebut.

Sehingga kini terdapat sejumlah 5,959 kes baharu. Jumlah keseluruhan kes yang disahkan di Itali sekarang ialah 86,500.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here