Beberapa jalan raya di PJ ditutup bagi menghadkan pergerakan sepanjang PKP

    0
    292
    JALAN Gasing Indah menuju ke Petaling Jaya ditutup sepenuhnya kepada laluan kenderaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan. NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI.

    Oleh FETTY RARA

    POLIS sedang berusaha untuk menghadkan pergerakan orang awam ke arah bahagian utara dan selatan Petaling Jaya.

    Untuk tiga hari akan datang polis akan mengkaji beberapa laluan yang boleh menghadkan pergerakan awam untuk masuk dan keluar dari pusat bandar raya, kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Nik Ezanee Mohd Faisal hari ini.

    Beliau berkata Petaling Jaya mempunyai banyak jalan raya alternatif dan tiada gunanya walaupun diletakkan 10 sekatan kerana orang ramai tahu tentang laluan lain, lapor The Star.

    Menurut Nik Ezanee adalah penting bagi mengawal pergerakan dari pusat Petaling Jaya ke arah bahagian utara bandar raya yang menghubungkan daerah tersebut dengan Sungai Buloh, Kota Damansara dan bahagian-bahagian lain di Damansara.

    Dalam pada itu polis juga mahu mengurangkan pergerakan ke arah bahagian selatan bandar raya menghala ke Sri Petaling dan Pantai Dalam.

    Polis akan mengeluarkan peta laluan yang boleh digunakan oleh orang awam setelah siap kajian pergerakan nanti.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here