Covid-19: 159 kes positif baharu, satu lagi kematian direkod – KP Kesihatan

0
347
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media harian berkaitan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 159 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 2,320 kes dan terdapat satu lagi kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 27 kes. --fotoBERNAMA

PUTRAJAYA — Sebanyak 159 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 2,320 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata terdapat satu lagi kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 27 kes.

Beliau berkata mangsa lelaki warga Malaysia berusia 61 tahun itu meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Muar, Johor pada jam 10.50 pagi tadi.

“Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak Selasa lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada hari berikutnya,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19, di sini, hari ini.

-Bernama

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here