Covid-19: PM British beri amaran keadaan akan lebih teruk

0
247

Oleh FETTY RARA

PERDANA Menteri British Boris Johnson memberi amaran kepada penduduk United Kingdom bahawa keadaan akan menjadi lebih teruk sebelum pulih.

Beliau menyatakan demikian dalam surat yang diedarkan ke setiap rumah di negara itu.

Boris yang kini berada dalam kuarantin setelah didapati positif Covid-19 berkata susulan itu langkah sekatan lebih serius akan dikuatkuasakan jika perlu, lapor bbc.com.

Bersama surat tersebut penduduk UK juga akan menerima satu risalah kerajaan yang menggariskan peraturan tentang penjagaan kesihatan dan cara-cara ketika meninggalkan rumah.

Komunikasi terbaharu kerajaan itu adalah berikutan curahan kritikan rakyat terhadap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.

UK mencatatkan sebanyak 1,019 kematian setakat ini dengan tambahan sebanyak 260 lagi semalam.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here