Pelanggan ArRahnu YaPEIM diberikan tempoh penangguhan sepanjang PKP

0
566

KUALA LUMPUR — Seramai 21,000 orang pemegang akaun gadaian Ar Rahnu YaPEIM di seluruh negara boleh menarik nafas lega apabila Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) membenarkan pengecualian bayaran upah simpan dan penangguhan penebusan barang gadaian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pemangku Ketua Pengarah Yapeim, Parihah Hasan berkata, moratorium itu adalah bagi gadaian yang mencapai tempoh 10 bulan dan ia dibuat berikutan penutupan cawangan Ar Rahnu YaPEIM di seluruh Negara.

Bagaimanapun jelas beliau, penggadai perlu mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan iaitu membuat tebusan atau menukar surat gadaian dalam tempoh seminggu (7 hari bekerja) selepas arahan kerajaan tamat.

PARIHAH Hasan.

“Moratorium ini melibatkan 21,000 penggadai di seluruh Negara dengan jumlah pengecualian bayaran upah simpan sebanyak RM500,000.

“Mereka tidak perlu bimbang kerana barang kemas mereka tidak akan lebur, hanya perlu datang ke cawangan Ar Rahnu yang terdekat untuk membuat tukaran surat gadaian bermula 15 hingga 23 April nanti iaitu selepas tempoh PKP tamat,” katanya ketika dihubungi Wilayahku hari ini.

Dalam pada itu Parihah memberitahu moratorium tersebut dilaksanakan di bawah Pakej MusaadahCOVID19 Ar Rahnu YaPEIM selaras dengan hasrat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here