Ziarah Kasih Misi Bantuan Covid-19 bantu penduduk terputus keperluan asas

0
525
DATUK Abu Bakar Mohd Diah (kiri) mendengar ucapan daripada Shahrin Muharam (tengah) sewaktu menyampaikan bantuan kepada balu-balu tentera di Taman Terendak Permai, Sungai Udang, Melaka, semalam (28 Mac).

Oleh AMRAN MULUP

MELAKA — UMNO Tangga Batu melalui Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang menyumbangkan barangan keperluan golongan sasar yang terputus bekalan di kawasan tersebut semalam (28 Mac).

Melalui program Ziarah Kasih Misi Bantuan Covid-19 telah menyampaikan bantuan kepada 30 penduduk kurang berkemampuan di sekitar DUN Sungai Udang dekat sini.

Penyelarasnya, Shahrin Muharam berkata, antara kampung yang dikunjungi untuk penyerahan bantuan tersebut ialah Bertam Hulu, Kampung Sungai Udang dan Taman Terendak Permai.

Menurutnya, bantuan barangan keperluan harian yang disumbangkan itu tertumpu kepada keluarga miskin dan isi rumah yang terputus bekalan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 18 Mac lalu.

“Kita menerima banyak keluhan penduduk di sekitar DUN Sungai Udang yang kehilangan punca pendapatan akibat Covid-19 mengadu barangan keperluan asas habis dan tidak mempunyai sumber kewangan lain.

“Justeru hasil perbincangan dengan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, saya diarahkan untuk menyalurkan bantuan barangan keperluan harian kepada penduduk yang terjejas teruk,” ujarnya.

Shahrin berkata, barangan keperluan asas yang disumbangkan seperti beras, susu, teh, kopi, gula, tepung, minyak masak, telur dan sebagainya.

Ujarnya, melalui bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga yang terhimpit akibat terputus bekalan makanan asas.

Beliau menambah program Ziarah Kasih Misi Bantuan Covid-19 itu diketuai Timbalan Ketua
UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Abu Bakar Mohd Diah, beberapa kakitangan penyelaras berkunjung dari rumah ke rumah menyampaikan bantuan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here