Putrajaya: Staf sumber manusia sektor swasta boleh ke pejabat untuk urus bayar gaji

0
226

Oleh FETTY RARA

KAKITANGAN bahagian sumber manusia syarikat swasta dibenarkan ke pejabat untuk sehari sama ada esok atau Rabu bagi menguruskan pembayaran gaji pekerja, umum Kementerian Sumber Manusia dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Bagaimana pun, hanya dua orang pada satu-satu masa dibenarkan berada dalam pejabat untuk melakukan pekerjaan pembayaran gaji, lapor malaymail.com.

Kementerian juga mengarahkan majikan supaya menyiapkan surat pengecualian bagi petugas yang bertanggungjawab menguruskan proses pembayaran gaji.

Surat pengecualian perlu menyatakan butiran lengkap menyatakan staf tersebut mewakili jabatan mana dan wajib dibawa oleh kakitangan berkenaan untuk diperiksa oleh pihak berkuasa.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here