Rafiq jawab fitnah

0
383

Ada pihak memfitnah saya kononnya saya meminta masjid memberi duit kepada pegawai khas saya. Untuk apa saya paksa duit diberi pegawai khas Saya? Untuk guna makan minum anak isteri saya kah? Ini semua tidak logik dan fitnah jahat kepada saya. Saya cabar pihak yang menyebar fitnah ini tidak berselindung di sebalik fake account dan melaporkan kepada SPRM!

Untuk makluman, satu mesyuarat dengan semua Pengerusi/ Wakil Pengerusi Masjid DUN Paya Rumput telah diadakan di Seri Negeri, pejabat Saya. Kebanyakan masjid melaporkan kewangan masjid mencecah hampir RM 30,000. Ada masjid melaporkan kewangan mencecah RM85,000 dan ada yang mencecah Lebih RM 100,000.

Maka dalam mesyuarat tersebut, selaras dengan saranan dan galakan dari Pejabat Mufti dan MAIM, saya membincangkan penglibatan masjid untuk sama-sama membantu kariah masing-masing untuk menghadapi Covid-19 memandangkan bantuan diberikan Japerun dan Kerajaan Negeri Melaka semata2 tidak mengcukupi.

Dalam mesyuarat tersebut diputuskan, bantuan barang makanan bernilai RM 32.50 satu pek (belian secara pukal- Harga Pasaran sebenar RM 35.00-RM 38.00) diselaraskan pembelian oleh pegawai Saya dengan Pasaraya Mydin Hypermarket. Masjid diberi kebebasan untuk membeli sendiri jika mampu mendapat harga yang sama murah dengan Pasaraya Mydin Hypermarket seperti Masjid Kampung Paya Rumput. Jumlah bantuan juga dibincangkan dan diputuskan berdasarkan kedudukan kewangan masing-masing dan dipersetujui ahli mesyuarat.

Saya hairan mengapa ketika rakyat susah menghadapi COVID-19 masih banyak masjid yang “SAYANG” mengeluarkan wang untuk rakyat. Walaupun sudah dibincangkan dalam mesyuarat, ada sebahagian AJK Masjid tak berpuas hati menghubungi saya dan ingkar memberi sumbangan seperti diputuskan. Mereka memberi alasan tiada ramai yang layak menerima bantuan walaupun Pada saya ada Lebih 5,000 senarai yang memohon terdiri dari miskin dan golongan B40. Selepas itu viral poster FITNAH seperti di bawah.

Untuk makluman, Ada masjid dalam DUN Paya Rumput yang Wang terkumpul hampir RM 90,000 menghubungi saya hanya mahu membelanjakan & membantu 100 pek makanan ( kos keseluruhan RM RM3250) dalam kariahnya. Sikap KEDEKUT sesetengah masjid ini amat mengecewakan dan menyebabkan cerita-cerita seperti terdapat segelintir Umat Islam terpaksa Ke Gereja mendapatkan sumbangan. Cukup-cukuplah memfitnah Saya. Saya ikhlas berkhidmat dan membantu rakyat menghadapi Covid-19 kerana Allah swt. Saya tidak dapat 1 Sen pun keuntungan dari usaha ini. Kepada Allah Saya berserah dan saya harap mereka yang memfitnah saya diberi petunjuk Allah swt.

MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
ADUN Paya Rumput / Ahli Majlis MAIM

Baca lagi: https://www.facebook.com/100000432865972/posts/3055450721145993/?d=n

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here