Covid-19: Malaysia catat 2 lagi korban, 156 kes baru

0
824

JUMLAH kematian akibat Covid-19 terus meningkat, dengan kini sebanyak 37.

Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hari ini memaklumkan bahawa korban ke-36 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 47 tahun.

Lelaki berkenaan yang merupakan pesakit ke-1,941 telah dirawat di Hospital Umum Sarawak pada 23 Mac 2020 sebelum disahkan meninggal dunia padajam 8.10 pagi tadi.

Kes kematian ke-37 pula melibatkan pesakit kes-2,471 yang merupakan wanita warganegara Malaysia berumur 46 tahun.

Pesakit itu mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit autoimun dan dirawat di hospital di Miri Sarawak, sebelum meninggal dunia pada 9.02 pagi tadi.

Noor Hisham juga memaklumkan bahawa setakat tengah hari tadi, sebanyak 156 kes baru, yang menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di Malaysia adalah sebanyak 2,626 kes.

Sehingga kini, seramai 94 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 62 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Malaysia juga mencatatkan kes pulih tertinggi hari ini, iaitu sebanyak 91 pesakit dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 479 kes (18.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

https://www.malaysiakini.com/news/517713

 

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here