Sukan Olimpik Tokyo 2020 ditetap 23 Julai-8 Ogos 2021

0
236

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD

JAWATANKUASA Olimpik Antarabangsa (IOC), Jawatankuasa Pengelola Olimpik Tokyo 2020 (Togoc), kerajaan Metropolitan Tokyo dan kerajaan Jepun menetapkan 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 sebagai tarikh baharu Sukan Olimpik Ke-32 yang ditunda akibat kebimbangan dunia kepada penyakit Covid-19.

Siaran media menerusi laman sesawang rasmi IOC hari ini menyebut, tarikh itu diputuskan dalam sidang telefon pagi ini yang disertai Presiden IOC, Thomas Bach, Presiden Togoc, Mori Yoshiro, Gabenor Tokyo, Koike Yuriko dan Menteri Olimpik, Hashimoto Seiko.

IOC dan Perdana Menteri Jepun, Abe Shinzo pada 24 Mac lalu mengumumkan penundaan Olimpik 2020 yang mulanya dijadualkan dari 24 Julai hingga 9 Ogos 2020 selepas makluman Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan kenaikan ketara kes Covid-19 yang turut meragut ribuan nyawa.

Keputusan tarikh baharu Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang dikekalkan namanya dan tahun itu diambil berdasarkan tiga pertimbangan sejajar dengan prinsip yang ditetapkan Lembaga Eksekutif IOC pada 17 Mac lalu dan disahkan sidang telefon hari ini.

Keputusan ini juga disokong oleh semua persekutuan sukan Olimpik Musim Panas (IF) dan jawatankuasa Olimpik kebangsaan (NOC) dengan prinsip berkenaan ialah:

1. Melindungi kesihatan atlet-atlet dan semua orang yang terlibat dan menyokong pembendungan Covid-19,

2. Menjaga kepentingan atlet-atlet dan jenis sukan Olimpik,

3. Kalendar sukan antarabangsa.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here