QSR Brands: Khanna ganti Azahari, Mustafha jadi pengerusi

0
923
MUSTAFHA Abd Razak / FOTO: KiniBiz

KUALA LUMPUR – Nehchal C. Khanna telah dilantik sebagai Pengarah Urusan QSR Brands (M) Holding Bhd. berkuatkuasa mulai 1 April menggantikan Datuk Seri Mohamed Azahari Mohamed Kamil yang menamatkan perkhidmatannya hari ini.

Nehchal merupakan perunding perniagaan korporat Johor Corporation (JCorp). Beliau sebelum itu bertugas sebagai Pengarah Urusan Kanan Morgan Stanley di Singapura pada tahun 2010 hingga 2016.

Sebelum berkhidmat dengan Morgan Stanley, Nehchal yang mempunyai lulusan undang-undang King’s College, University of London, adalah Pengarah Urusan di Deutsche Bank di Singapura antara tahun 2004 dan 2010.

QSR Brand dalam pekeliling dalamannya di sini mengucapkan terima kasih kepada Mohamed Azahari atas sumbangan yang diberikan kepada pertumbuhan Kumpulan merentasi rantau ini sejak berkhidmat pada bulan Ogos 2017.

Sementara itu, QSR Brands juga mengumumkan pelantikan Datuk Mustafha Abd Razak selaku pengerusinya yang baharu.

Mustafha mempunyai lebih daripada 24 tahun pengalaman profesional dalam sektor korporat dan perbankan di Malaysia. Sebelum ini, beliau adalah Pengarah Urusan Bank Rakyat Berhad.

BebasNews
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here