Patriot lapor polis dakwaan palsu

0
351
Patriot p/c on police force morale, IPCMC, ECRL and Bandar M'sia. Capt Dr Wong Ang peng (Rtd) Director of Public Communications Persatuan Patriot Kebangsaan Starpic by kamarul ariffin//22.04.2019

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

PERSATUAN Patriot Kebangsaan (Patriot) telah membuat laporan polis berhubung berita palsu yang mengaitkan presidennya, Brig-Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji.

Patriot merujuk kepada satu post dalam aplikasi media sosial ‘breakyourown news.com’ yang kononnya  menggesa rakyat menolak bantuan, lapor The Star.

Timbalan pengarah komunikasi awam Patriot Kapten Dr Wong Ang Peng (B) dalam satu kenyataan berkata dakwaan menghina terhadap Brig-Jen Arshad itu ditularkan meluas dalam media sosial pada 31 Mac oleh seorang yang bernama Salmah Salam.

Menurut beliau pihak polis telah memberi jaminan bahawa siasatan akan dilakukan dan apabila pelaku dikenal pasti tindakan undang-undang akan diambil.

Dr Wong berkata terdapat pihak yang cuba memutar-belit kenyataan media persatuan untuk memburukkan Patriot dan presidennya, seperti mana yang pernah berlaku pada 28 Mac apabila mereka kononnya menggesa kerajaan supaya menjelaskan dari mana diperoleh dana untuk pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM250 bilion.

Beliau berkata apa yang sebenarnya dinyatakan oleh patriot  adalah jelas, iaitu merujuk kepada kekurangan pakej berkenaan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here