COVID-19: Kapten Tentera Laut AS rayu bantuan kerana jangkitan atas kapal

0
506
FOTO: Wikimedia Commons/Official U.S. Navy Page from United States of AmericaMass Communication Specialist 2nd Class Paul L. Archer/U.S. Navy / Public domain

Oleh FETTY RARA

KAPTEN sebuah kapal pengangkut pesawat tentera laut Amerika Syarikat yang membawa lebih 4,000 anak kapal merayu bantuan segera bagi menangani penularan virus Covid-19 dalam kapalnya.

“Kami bukan berperang, tetapi anggota kami tidak sepatutnya mati,” rayu Kapten Brett Crozier dalam sepucuk surat ke Pentagon.

Kapten Crozier telah melaksanakan tindakan kuarantin ke atas seluruh anak kapal tersebut, lapor bbc.com.

Yang paling membimbangkan Crozier adalah kerana semua anak kapal hidup dalam keadaan ruang yang sesak, justeru menyulitkan usaha untuk mengasing mereka yang tidak sihat.

Dalam surat bertarikh 30 Mac itu beliau berkata keadaan semakin meruncing dan virus merebak dengan begitu cepat.

Tidak jelas berapa ramai anak kapal USS Theodore Roosevelt itu telah dijangkiti, tetapi menurut laporan akhbar The San Francisco Chronicle sekurang-kurangnya 100 anak kapal didapati positif.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here