Wanita warga Malaysia kes pertama Covid-19 di Jharkand India

0
254
GAMBAR hiasan.

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

SEORANG wanita warganegara Malaysia dilaporkan sebagai kes pertama Covid-19 di wilayah Jharkand, India.

Beliau didapati positif setelah polis menyerbu sebuah masjid di mana beliau menumpang bersama 24 penduduk tempatan di bandar Ranchi, lapor The Statesman/Asia News Network.

Menurut Jabatan Kesihatan wanita tersebut telah dimasukkan ke Institut Sains Perubatan Rajendra (RIMS) di Ranchi.

Wanita itu, bagaimana pun, tidak menunjukkan sebarang simptom, kata setiausaha kesihatan Nitin Madan Kulkarni.

Setakat ini India mencatatkan 1,117 kes aktif Covid-19 dengan 32 kematian dan 102 pulih.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here