Pergerakan tak boleh lebih 10km dari rumah

    0
    274
    ANGGOTA Polis dibantu Tentera melakukan pemeriksaan dokumen perjalanan penumpang bas ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua di sekitar Kuala Lumpur. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

    MENURUT warta kerajaan, individu yang meninggalkan rumah untuk membeli barangan runcit, makanan, atau bagi mendapatkan rawatan perubatan dihadkan untuk perjalanan dalam radius 10km dari rumah mereka.

    Peraturan itu terpakai di seluruh negara, memandangkan warta berkenaan terikat dengan perintah lain yang mengisytiharkan semua negeri sebagai kawasan jangkitan.

    “Untuk membeli makanan, keperluan harian, ubat atau penokok duet, pergerakannya hendaklah hanya ke suatu tempat di dalam radius yang tidak melebihi sepuluh kilometer dari kediamannya, atau ke suatu tempat yang paling hampir dengan kediamannya, dan dia tidak boleh disertai mana-mana orang lain, melainkan jika adalah semunasabahnya perlu baginya untuk disertai mana-mana orang lain,” kata warta itu.

    Ketetapan sama dikenakan untuk individu yang keluar rumah untuk mendapatkan rawatan perubatan.

    Warta itu adalah kemas kini kepada yang sebelumnya untuk menentukan peraturan untuk perintah kawalan pergerakan.

    Ia berkuat kuasa mulai 1 April hingga 14 April.

    Pihak yang melanggar peraturan itu boleh dihukum sehingga enam bulan penjara, atau denda sehingga RM1,000, atau kedua-duanya.

    https://www.malaysiakini.com/news/518195

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here