Covid-19 di Malaysia: 2 lagi kematian, 142 kes baru

0
697

DUA lagi kematian yang mempunyai kaitan dengan jangkitan Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan korban akibat virus itu di Malaysia sebanyak 45.

Setakat tengah hari tadi, sebanyak 142 kes jangkitan baru dilaporkan, yang membawa jumlah keseluruhan sebanyak 2,908 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang media hariannya memaklumkan bahawa kedua-dua korban terbaru itu melibatkan warganegara Malaysia.

Berikut merupakan dua kes kematian terbaru.

  • Kes kematian ke-44 (kes ke-193) merupakan perempuan warganegara Malaysia berumur 80 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-115). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 13 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 4.30 pagi.
  • Kes kematian ke-45 (kes ke-1053) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 62 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau mempunyai sejarah kontak rapat dengan kes positif COVID-19 (kes ke-486). Beliau telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 17 Mac 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 31 Mac 2020 jam 10.46 malam.

Dalam sidang medianya, Noor Hisham turut memaklumkan bahawa 108 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 645 kes (22.2 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, seramai 102 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 66 kes memerlukan bantuan pernafasan.

https://www.malaysiakini.com/news/518156
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here