COVID-19: Senarai berita palsu tular setakat 7 malam – KKMM

0
197
fotoBERNAMA

BERIKUT adalah senarai penafian berita tular dalam media sosial setakat 7 malam ini oleh agensi-agensi bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) hari ini.

1. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Selangor (Rozana Zainal Abidin) menafikan dakwaan melalui kiriman teks dan nota suara yang mengatakan terdapat kes positif COVID-19 di Taman Nilam, Sungai Terap.

2. Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu menafikan dakwaan bahawa Pasar Chukai akan ditutup bermula pada 1 April iaitu pihak majlis tersebut atau Polis Daerah Kemaman tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan penutupan tersebut.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here