BA dijangka gantung 36,000 kakitangan

0
270
FOTO: Wikimedia Commons/Sidowpknbkhihj / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)

Oleh FETTY RARA

BRITISH Airways (BA) dijangka mengumumkan penggantungan kira-kira 36,000 kakitangan.

Syarikat yang telah menghentikan sebahagian besar penerbangan kerana wabak Covid-19  telah berunding dengan kesatuan sekerja Unite sejak lebih seminggu lalu.

Kedua-dua pihak dikatakan telah secara kasar menyetujui apa yang sepatutnya dilakukan, lapor bbc.com.

Di bawah perjanjian yang dipersetujui itu bermakna kira-kira 80% kru kabin, kakitangan pengendalian darat, jurutera dan staf ibu pejabat akan digantung kerja, tetapi tiada yang akan buang.

Keputusan itu akan memberi kesan kepada semua kakitangan di Gatwick dan London City Airport selepas syarikat berkenaan menggantung operasi sehingga krisis berakhir.

Semua yang terkesan dijangka menerima sebahagian daripada gaji melalui skim pengekalan kerja krisis Covid-19 kerajaan yang melindungi 80% daripada gaji setiap pekerja sehingga maksimum £2,500 sebulan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here