Usaha “hidden enemy” perangkap rakyat dengan berita palsu

5
507

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

KUALA LUMPUR — Kelihatan seperti ada usaha pihak tertentu atau “hidden enemy” yang pantas mengeluarkan kenyataan palsu menerusi “penyamaran” seolah kenyataan itu sahih daripada pihak berkuasa.

Apabila kenyataan berbentuk poster, kenyataan akhbar, artikel berita atau grafik itu diambil dan ditularkan oleh orang awam, mereka pula diburu kerana penyebaran berita palsu.

Penganalisis jenayah, Shahul Hamid berkata, kegiatan itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini seolah-olah sengaja dibuat untuk menimbulkan salah faham, kekeliruan dan panik orang ramai.

Katanya, bagaimanapun dalang kepada kegiatan ini dipercayai masih terlepas daripada tindakan pihak berkuasa, dan sebaliknya tindakan hanya ditumpukan kepada mereka yang menyebarkan sahaja.

“Hidden enemy” ini mengambil kesempatan sejak pertukaran kerajaan dan isu penularan wabak Covid-19 ini, kononnya kenyataan (palsu) berkenaan adalah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia atau Majlis Keselamatan Negara dan lain-lain agensi berkaitan.

“Malah bersungguh-sungguh mereka hasilkan poster dengan maklumat palsu seperti polis mengambil tindakan saman atau tentera dibenarkan pukul jika ingkar Perintah Kawalan Pergerakan yang diumum kerajaan.

“Seolah-olah ada pihak yang membiayai mereka, cuba menjatuhkan reputasi penguatkuasa dan kerajaan malah semakin rancak kerana mereka terlepas sebaliknya rakyat yang naif pula didakwa.

“Tohmahan memperlekeh kerajaan PN dan berita palsu ini dilihat selari membawa kepada niat jahat politik.

“Jelas apabila pemimpin pembangkang mempertikai tindakan tentera membantu polis. Rakyat patut bersyukur orang seperti itu tidak menjadi Perdana Menteri kelapan yang memalukan,” katanya kepada wartawan.

Tambahnya, rakyat sudah masak dengan lakonan, pembohongan dan hipokrit mereka sehingga PH diberi jolokan netizen sebagai Pakatan Hancing.

Rakyat juga sudah memahami benar siapakah pakar putarbelit ‘spin’ dan sesumpah, apa dan siapa RBA sebenarnya.

“Namun rakyat tidak berpuashati sepatutnya polis mengambil tindakan terhadap pembuat atau pereka berita palsu ini dan bukannya terhadap pihak yang ‘mendedah dan memberitahunya.

“Tanpa netizen yang menyiarkannya kenyataan itu tidak ada sesiapa akan tahu ia adalah berita palsu yang boleh menjadi hasutan dan fitnah.

“Sebagai lidah dari rakyat kepada kerajaan memang lumrah ada yang lidah bercabang tetapi di situlah letaknya kebijaksanaan kerajaan menanganinya, menapis dan membanteras maklumat yang salah.

“Musuh politik tetap ada dan menggunakan apa sahaja walaupun tindakan kerajaan PN adalah benar betul tepat dan berani. Realitinya, kita sedang berhadapan dengan musuh tersembunyi ‘hidden enemy’ dan Covid-19,” katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

5 COMMENTS

    • Terima kasih perhatian tuan, Kes belum lagi jatuh hukum. Dalam Undang2 innocent until proven guilty. Kita tak bersalah sehinggalah di dapati bersalah

  1. Ye tetapi itu tuduhan polis ketika di zaman PH…faktanya didakwa kerana cetus kebimbangan sebab bertanya kenapa kerajaan ketika itu enggan sekat kemasukan China…ketika itu kes belum sebanyak hari ini dan tiada kematian lagi…jika palsu apa yang benarnya? Kalau ada gigi palsu ada la gigi betul. Dalam soalan saya di FB yang dituduh palsu tu apakah yang palsunya? Bila nak sekat itu palsukah? Beban pembuktian pada yang menuduh dan fardhu kifayah saya jelaskan kebenaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here