PM Australia: Tiba masa pelawat, pelajar luar pulang ke negara sendiri

0
580

Oleh FETTY RARA

PERDANA Menteri Australia Scott Morrison memberitahu semua pemegang visa pelawat dan pelajar luar di Australia bahawa sudah tiba masanya untuk mereka pulang ke negara asal kerana wabak Covid-19 terus berleluasa.

Setelah mengadakan mesyuarat di Kabinet hari ini, Morrison berkata bagi mereka yang tiada upaya untuk menyara diri pilihannya ialah pulang ke negara masing-masing, lapor ABC.

Menurut beliau Australia perlu memberikan penumpuan kepada rakyat sendiri bagi memastikan supaya negara itu memaksimumkan sokongan ekonomi yang masih ada.

Bagaimana pun, beliau berkata pelawat asing yang mempunyai kemahiran kritikal boleh dikecualikan.

Mereka yang berkemahiran sebagai jururawat, doktor atau kemahiran kritikal lain boleh membantu negara tersebut sewaktu krisis ini dan mereka akan mendapati peluang terbuka.

Pelajar asing di Australia tidak berpeluang untuk mendapatkan pembayaran pampasan pekerjaan dan mereka sebaliknya terpaksa berdepan dengan krisis Covid-19 tanpa bantuan keselamatan kewangan yang dinikmati oleh rakyat Australia.

Morrisson berkata adalah menjadi syarat utama bagi pelajar asing di Australiasupaya mampu menyara diri mereka bagi sekurang-kurangnya 12 bulan pertama pengajian di negara itu.

Australia mempunyai lebih 500,000 pelajar luar, yang kebanyakan telah kehilangan kerja berikutan wabak Covid-19.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here