Covid-19: AS akan cadang orang ramai pakai topeng muka

0
227
PHOTO: Wikimedia Commons/Eneas De Troya from Mexico City, México / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/2.0)

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

WHITE House dijangka akan menasihatkan semua penduduk di kawasan merah memakai topeng muka atau skaf ketika berada dalam khalayak ramai bagi menghentikan penularan wabak Covid-19.

Presiden Donald Trump berkata ia, bagaimana pun, tidak diwajibkan, tetapi digalakkan memakainya.

Penduduk di bandar raya New York yang merupakan pusat merebaknya Covid-19 di Amerika Syarikat digesa menutup muka mereka ketika keluar tetapi tidak menggunakan topeng perubatan.

Angka kematian di AS sekarang ialah 6,000.

Menurut laporan dari John Hopkins University, bandar raya New York sahaja telah mencatatkan sebanyak 1,562 kematian.

Susulan keadaan yang meruncing itu pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkaji semula panduan berhubung pemakaian topeng muka, sementara kumpulan pakar mencari jalan untuk melawan virus berbahaya itu.

Menurut WHO pemakaian topeng muka biasa hanya berkesan sekiranya ia diamalkan bersama mencuci tangan dan memastikan penjarakan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here