Lima hotel terkemuka Melaka dijangka tutup pada Mei

0
1177

Oleh FETTY RARA

LIMA hotel terkemuka di bandar raya Melaka dijangka menamatkan operasi menjelang Mei depan.

Hotel-hotel yang beroperasi sejak 1970an hingga 80an terkesan teruk berikutan kejatuhan kadar penginapan dan hasil sejak awal tahun, kata Setiausaha Persatuan Hotel Malaysia Melaka (MAH), Jason Bak.

Prestasi hotel-hotel tersebut menjadi semakin teruk sejak beberapa minggu kebelakangan disebabkan oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata setakat ini mereka hanya dimaklumkan bahawa terdapat lima hotel yang bakal menamatkan operasi, tetapi pada bulan-bulan akan datang mungkin bilangan akan bertambah, lapor The Star.

Menurut beliau MAH sedang berusaha untuk menyelamatkan hotel-hotel berkenaan.

Hotel-hotel di Melaka tampil sebagai satu entiti untuk mencari alternatif bagi mendapatkan sokongan daripada institusi kewangan dan kerajaan melalui pembiayaan mikro atau pun menstrukturkan semula pinjaman-pinjaman sedia ada.

Memandangkan keadaan yang sangat meruncing ini Persatuan Pelancongan Melaka (MTA), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MYBHA) meminta supaya kerajaan mempertimbangkan masalah mereka.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan hari ini, pemain industri hospitaliti dan pelancongan berkata kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mengetepikan cukai selama dua tahun.

Kumpulan berkenaan mencadangkan bahawa cukai-cukai Warisan dan Pelancongan yang dikenakan ke atas pemain sektor pelancongan dan hotel dikecualikan daripada April hingga Disember, termasuk kadar taksiran cukai dan cukai pintu selama dua tahun.

Mereka juga mahukan supaya kerajaan menghulurkan bantuan bagi memastikan industri hospitaliti dan pelancongan terus hidup dan sekali gus menyediakan pekerjaan untuk warga tempatan.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here