Muslim Sri Lanka bantah jenazah Covid-19 dibakar kerajaan

0
341
FOTO: Colombo Telegraph.

PROTES… Pembakaran secara paksa jenazah Muslim yang maut akibak wabak Covid-19 di Sri Lanka telah menyebabkan perasaan marah dan terkejut dalam kalangan masyarakat minoriti itu.

Media tempatan melaporkan, komuniti Islam malahan mendakwa pihak berkuasa negara pulau rantau Asia Selatan itu sengaja cuba langgar kaedah pengebumian sah mengikut hukum syarak.

Kes terbaharu pada 2 April lalu melibatkan mayat seorang lelaki berusia 73 tahun dari ibu kota Colombo, Bishrul Hafi Mohammed Joonus, yang meninggal dunia kerana disahkan Covid-19.

Dia menjadi orang Islam kedua yang telah dibakar jenazahnya di negara Lautan Hindi itu, yang telah mencatatkan sejumlah 159 kes penularan wabak berkenaan dengan lima maut setakat ini.

Anak lelaki allahyarham, Fayaz Joonus, 46, berkata, bapanya yang mengalami penyakit buah pinggang, diuji positif virus itu kira-kira dua minggu lalu sebelum mangsa meninggal pada 1 April.

Mayat itu sepatutnya dikebumikan pada hari yang berikutnya, tetapi dia dipetik stesen penyiaran AlJazeera berkata, mereka tidak boleh melakukan solat jenazah kerana bimbang kena jangkitan.

“Ayah saya diambil terus dari van jenazah di bawah pengawasan pasukan polis dan dibakar. Pihak kerajaan sepatutnya buat peraturan untuk umat Islam agar mayat itu dapat dikebumikan.

“Jika ada pilihan, kerajaan kita perlulah lebih bertolak ansur. Pembakaran bukanlah satu-satunya pilihan dan kita mahu kebumikan orang tersayang mengikut cara Islam,” katanya penuh kesal.

Jenazah Muslim yang pertama bahkan juga dibakar pada 31 Mac di Negombo, sebuah bandar di barat Sri Lanka meskipun Kementerian Kesihatan hanya keluarkan garis panduan keesokannya.

Prosedur operasi standard pelupusan mayat penghidap Covid-19 itu ternyata bertentangan dengan garis panduan yang lebih awal dikeluarkan apabila masih dibenarkan pengebumian.

Ekoran dua kes tersebut, Amnesty International, sebuah badan hak asasi manusia antarabangsa terpaksa campur tangan dengan menyeru pihak berkuasa untuk hentikan pembakaran mayat.

Organisasi ternama berpusat di London, Britain itu juga menyeru kerajaan Sri Lanka untuk menghormati hak minoriti dalam melaksanakan upacara terakhir menurut tradisi anutan mereka sendiri.

“Pada masa sukar ini, pihak berkuasa perlu bawa komuniti bersama dan tidak cetus perpecahan antara mereka pula,” kata Pengarah Rantau Asia Selatan, Amnesty International, Biraj Patnaik.

Beliau merujuk beberapa insiden pembunuhan kejam ke atas puluhan ribu Muslim di Sri Lanka oleh kumpulan pelampau Hindu tempatan, Barisan Pembebasan Tamil Eelam sejak 1976 lagi.

Masyarakat Islam, cuma 10 peratus atau hampir dua juta rakyat di Sri Lanka, turut jadi mangsa keganasan perkauman oleh etnik majoriti pribumi Sinhala yang beragama Buddha sekian lama.

Para pemimpin dan aktivis Muslim malah menyatakan bahawa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membenarkan proses pengebumian untuk pesakit yang mati akibat pandemik Covid-19.

Kaedah sama turut diamalkan terhadap mayat beragama Yahudi di negara-negara Barat sendiri selain kesemua negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) berdasarkan kes penghidap Ebola dan SARS.

Peguam terkemuka Sri Lanka, Ali Sabry berkata dalam catatan menerusi akaun sosial Facebook bahawa, beliau kecewa dengan keputusan pihak kerajaannya untuk bakar jenazah orang Islam.

Pihak berkuasa didakwa sengaja abaikan garis panduan WHO yang menyatakan tubuh pesakit wabak berbahaya boleh dikebumikan dengan proses nyah cemar ke atas keranda dan kubur.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here