Covid-19: Solidariti bintang Bollywood bantu kerajaan India

0
390
FOTO: Wikimedia Commons/Salah Ghrissi / CC BY-SA (https://creativecommons.org/licenses/by-sa/3.0)

RAMAI selebriti Bollywood tampil membantu kerajaan India dan pekerja industri filem tempatan dalam menangani wabak Covid-19 di India yang telah mencatatkan hampir 3,000 kes dan meragut 77 jiwa.

Mereka sama ada memberi sumbangan kepada dana kerajaan atau pekerja-pekerja industri filem yang pendapatan mereka terjejas akibat wabak ini.

Antara mereka yang tampil membantu termasuklah Shah Rukh Khan dan isteri Ghauri Khan, Akshay Kumar, Sivakarthikeyan, Aishwarya Rajesh, Vijay Sethupathi, Megastar Chiranjeevi, Pawan Kalyan, Ram Charan, Mahesh Babu dan ramai lagi.

Shah Rukh Khan dan isteri menawarkan bangunan pejabat empat tingkat bagi menampung keperluan kuarantin untuk wanita, kanak-kanak dan orang tua serta penyimpanan peralatan berkaitan, lapor India Today.

Di samping itu beliau juga mengumumkan bantuan untuk dana PM-CARES, serta Tabung Bantuan Ketua Menteri Maharashtra, Delhi dan Bengal Barat serta badan amal yang lain.

Shah Rukh Khan dalam satu mesej membalas ucapan terima kasih oleh pihak berkuasa tempatan berkata: Kita semua adalah keluarga dan kita harus bersama untuk memastikan setiap daripada kita sihat.

Dalam satu mesej lain pula, beliau berkata sumbangan itu bagi memperlihatkan bahawa pihak berkuasa tidak bersendirian menghadapi wabak ini dan mengajak semua orang memberi sedikit sumbangan bagi membantu antara satu sama lain.

“India dan rakyat India adalah sebuah keluarga,” katanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here