KKM mungkin putuskan lanjut PKP atau tidak 10 April

0
823
NOTIS larangan 'orang luar' masuk tanpa urusan ke Kampung Orang Asli Alor Beruang dipasang di simpang perkampungan itu semasa tinjauan hari ini. Inisiatif memasang notis larangan oleh penduduk sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan bertujuan untuk menyekat penularan COVID-19 di kawasan penempatan mereka selain memastikan masyarakat Orang Asli di situ mematuhi arahan PKP yang diumumkan kerajaan. --fotoBERNAMA

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) mungkin akan membuat keputusan sama ada perintah kawalan pergerakan (PKP) perlu dilanjutkan atau tidak, pada 10 April ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keputusan akan dibuat berdasarkan sama ada jumlah kes baru Covid-19 setiap hari mencatatkan penurunan atau sebaliknya.

“Data perlu menunjukkan kepada kita sama ada perlu lanjutkan atau tidak…Saya boleh buat jangkaan tapi realitinya ia perlu berdasarkan fakta dan sains.

“Kita harap menjelang 10 April, data sudah ada untuk kita buat keputusan untuk lanjutkan PKP atau tidak,” katanya ketika sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here