KKM bimbang rakyat M’sia dari luar negara bawa kes import

0
267

KEMENTERIAN Kesihatan bimbang kemungkinan gelombang kes Covid-19 yang diimport disebabkan oleh rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata  seramai 752 rakyat Malaysia telah dibawa pulang dalam tempoh dua hari sejak arahan kuarantin diwajibkan kepada mereka yang pulang dari luar negara.

Lapan daripada mereka menunjukkan gejala Covid-19 apabila ujian saringan dilakukan dan telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Semakin banyak negara kini melaksanakan perintah kuarantin dan beliau menjangka peningkatan kes membabitkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan kes import.

“Sebahagiannya pekerja di luar negara, disebabkan perintah berkurung di lebih 172 negara, juga telah pulang […]

“Mereka yang pulang dari negara-negara ini ada kemungkinan membawa balik jangkitan. Jadi kebimbangan kita sekarang kes yang diimport,”katanya pada sidang media harian kementerian itu petang ini.

Sejak 3 April, semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara akan ditapis dan dikuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan selama 14 hari.

https://www.malaysiakini.com/news/518816
Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here