Kenyataan media situasi terkini jangkitan Covid-19 di Negara Brunei Darussalam

0
435
FOTO: Facebook KKB.

MULAI esok, setiap orang yang tiba di Brunei Darussalam perlu menjalani proses pengasingan diri di tempat pengasingan yang disediakan oleh kerajaan, bukan lagi di rumah masing-masing.

Kementerian Kesihatan Brunei (KKB) dalam siaran akhbar hari ini memaklumkan, seramai 213 orang telah dibenarkan pulang setelah menamatkan pengasingan diri di tempat pengasingan yang disediakan oleh kerajaan.

Sementara itu, Brunei mencatatkan satu lagi kes baharu positif Covid-19 hari ini menjadikan jumlah kes 135 orang. Jumlah kematian kekal seorang.

Menurut KKB, kes baharu melibatkan seorang warga tempatan berusia 43 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Kuala Lumpur, Makassar dan Jakarta sebelum pulang ke Brunei pada 3 April melalui Miri, Sarawak.

Ketika ini sebanyak 68 kes sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan di mana tiga daripadanya masih kritikal dan memerlukan bantuan mesin pernafasan.
Seorang daripada mereka juga memerlukan bantuan mesin tambahan heart /lung machine (ECMO).

Kementerian juga mengumumkan seorang lagi sembuh hari ini menjadikan 66 orang dibenarkan pulang selepas menjalani rawatan.

Setakat ini 1,984 telah menamatkan tempoh kuarantin termasuk 213 yang dibenarkan pulang hari ini manakala 353 orang sedang dikuarantin.

Kementerian juga memaklumkan sejak Januari lalu, sebanyak 7,801 orang telah menjalani ujian makmal pemeriksaan Covid-19 iaitu nisbah 1 dalam 56 orang.

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here