Ahli Parlimen Kota Samarahan positif Covid-19

0
454

Oleh YUSOFF AHMAD SHARIFF

AHLI Parlimen Kota Samarahan, Sarawak, Rubiah Wang didapati positif Covid-19.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman mengesahkan perkara ini selepas satu sidang media mengenai wabak tersebut hari ini, lapor Borneo Post.

Menurut beliau, “Setakat yang diketahui seorang timbalan menteri dan seorang ahli parlimen didapati positif Covid-19.”

Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Dr Jerip Susil sebelum ini telah mengesahkan bahawa beliau didapati positif Covid-19 dan dimasukkan ke Hospital Besar Sarawak pada Khamis (2 April) untuk rawatan.

Dr Jerip yang merupakan ahli dewan undangan negeri kawasan Mambong berkata beliau dijangkiti virus tersebut apabila rapat dengan seseorang yang dikaitkan dengan kluster gereja Good News Fellowship Conference.

Sebelum ini ahli parlimen lain yang didapati positif ialah ahli parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii yang kini telah pun sembuh dan ahli parlimen Sarikei Andrew Wong yang masih dirawat.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here