Yayasan Airasia lancar tabung bantuan digital bantu komuniti yang memerlukan

0
169

KUALA LUMPUR — Yayasan AirAsia, cabang dermawan Kumpulan AirAsia, melancarkan tabung bantuan digital umum sebagai sebahagian daripada kempen #InThisTogether kumpulan itu untuk membantu komuniti yang memerlukan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, bermula hari ini hingga 30 April 2020.

Dalam kenyataan, Yayasan AirAsia berkata semua sumbangan akan disalurkan kepada perusahaan sosial dan badan amal seperti Perbadanan Taman Negeri Perak, Yayasan SEED dan Beyond Borders Malaysia yang menyediakan bantuan makanan dan perubatan kepada keluarga Orang Asli, komuniti gelandangan dan pelarian.

Sumbangan boleh dibuat di laman web Yayasan AirAsia di https://airasiafoundation.com/relieffund atau dengan BigPay melalui pemindahan wang daripada aplikasi kewangan tersebut kepada AirAsia Foundation atau melalui pemindahan wang dengan bank tempatan (bermula 6 April 2020).

Selain itu, AirAsia mengalih saluran komersial dan pengangkutannya untuk menyediakan bantuan kepada perniagaan kecil dan komuniti yang terjejas di bawah kempen #InThisTogether.

“Selain tabung bantuan Yayasan AirAsia, kumpulan turut menyediakan penyelesaian e-dagang melalui platform e-dagang, OURSHOP dan perkhidmatan penghantaran Teleport kepada peniaga kecil yang ditutup untuk mengawal penyebaran COVID-19,” katanya.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here