Jumlah kes Covid-19, Sepanyol kini atasi Itali

0
590

MADRID/ROM — Kes COVID-19 di Sepanyol mencecah 124,736 pada Sabtu mengatasi kes yang dicatatkan Itali iaitu sebanyak  124,632, lapor agensi berita Xinhua.

Sepanyol melaporkan 809 kematian baharu antara Jumaat dan Sabtu, menjadikan keseluruhan 11,744.

Jumlah kes disahkan setakat ini 124,736 berbanding 117,710 sebelum ini. Kes baharu dicatatkan pada Sabtu sebanyak 7,026 sedikit menurun berbanding Jumaat berjumlah 7,472.

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez berkata pada Sabtu lockdown akan dilanjutkan lagi.

“Lockdown selama tiga minggu dilihat dapat memperlahankan rantaian jangkitan, jumlah orang ke hospital sedikit menurun dan mereka yang dibenarkan keluar wad meningkat,” katanya.

Sementara itu, di Itali setakat Sabtu, virus maut itu telah meragut 15,362 nyawa dengan jumlah kes sebanyak 124,632, menurut data terbaru dikeluarkan Jabatan Perlindungan Awam.

Sepanyol dan Itali, dua negara di Eropah yang paling teruk terjejas akibat pandemik COVID-19.

— BERNAMA

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here