20,000 pekerja asing dikuarantin di Singapura

0
217
FOTO: Wikimedia Commons/Ohconfucius / CC BY (https://creativecommons.org/licenses/by/3.0)

SINGAPURA — Hampir 20,000 pekerja dikuarantin di dua asrama pekerja asing untuk tempoh dua minggu mulai semalam berikutan peningkatan kes di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura, dua asrama itu adalah S11 Dormitory @ Punggol yang mempunyai 13,000 pekerja dan Westlite Toh Guan yang melibatkan 6,800 pekerja.

Semalam, Singapura mencatatkan 120 kes baharu iaitu peningkatan tertinggi sejak penularan wabak itu.

Daripada jumlah itu, [email protected] mencatatkan 22 kes baharu menjadikan 62 kes dan Westlite Toh Guan, 10 kes, meningkat kepada 28 kes.

Sepanjang tempoh pengasingan itu, pelbagai langkah diambil bagi mengawal pergerakan dan melindungi pekerja di kedua-dua asrama itu.

Pemeriksaan kesihatan akan dilakukan, pekerja melaporan suhu badan dua kali sehari dan mengasingkan pekerja yang kurang sihat. Mereka juga dibekalkan penutup hidung dan mulut serta cecair pembersih kuman.

Dalam tempoh pengasingan itu, pekerja akan terus mendapat pelbagai faedah pekerjaan termasuk gaji serta perubatan. Penyedia makanan juga akan membekalkan makanan tiga kali sehari.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here