Pengunaan Zoom, Google Classroom (Meet) tidak sesuai?

0
5033
FOTO: Aziz A.Shariff

Oleh AZIZI AHMAD

SAYA tertarik dengan perkongsian ‘Zoom Cloud Meeting’ (23 Mac 2020 ).

Selain Zoom, penarafan aplikasi Kelas Google (Google Classroom) telah mengambil alih pengajaran dan pembelajaran (PdPC) secara dalam talian berikutan wabak Covid-19.

Dengan sekolah dan institusi pengajian tinggi kini ditutup kerana pandemik Covid-19 , beberapa langkah dan usaha telah beralih kepada penyelesaian seperti Google Classroom untuk menguruskan kerja PdPC dirumah.

Manakala Zoom merupakan alat persidangan video berasaskan web dengan pelanggan setempat, komputer meja (desktop) dan aplikasi mudah alih lain yang membolehkan pengguna bertemu dalam talian.

Pengguna Zoom boleh memilih untuk merakam sesi, berkolaborasi projek, dan berkongsi skrin satu sama lain, semuanya dengan sebuah platform yang mudah digunakan.

Dan, terkini aplikasi Zoom didapati berciri ‘malware’. (‘Zoom is malware’: why experts worry about the video conferencing platform, The Guardian, April 2, 2020).

“Malware” diistilahkan sebagai “perisian hasad”, satu program komputer yang direka untuk menyusup masuk dan merosakkan komputer tanpa persetujuan pengguna.

Ia merangkumi semua jenis ancaman yang berbeza untuk keselamatan komputer anda seperti virus, perisian intip (spyware) , cacing (worms), trojan, rootkit dan sebagainya.

Namun, di luar negara, murid dan pelajar yang berasa kecewa dengan PdPC secara jarak jauh ini memberikan penarafan atau rating ‘F’ kepada Google Classroom.

Pada masa sama, Zoom didapati merudum pula penggunaannya dalam penilaian semakan baru-baru ini.

Keadaan sama juga berlaku kepada Google Classroom melalui ‘Meet’ sehingga diberikan taraf serendah 2 bintang (pada masa penulisan) berbanding penarafan relatif 4.3 bintang dua bulan sebelumnya.

Perkembangan ini bukan disebabkan oleh sikap pelajar yang mengelak untuk belajar atau menghindari kerja rumah tetapi lebih terikat kepada penurunan kualiti perkhidmatan pada bulan lalu.

Beberapa orang pengguna mendakwa mereka tidak dapat mengakses bilik darjah mereka atau log masuk dengan aplikasi sama sekali, dan proses muat-naik dan muat-turun adalah terlalu lambat.

Pengguna juga mendapati tidak ada apa yang perlu dilihat atau dilaksanakan dan tiada pentaksiran dijalankan sepenuhnya.

Bahkan didapati ‘kelas’ yang dijadualkan bukanlah dibina oleh pengajar.

Timbul persoalan, apa yang perlu ada dalam Zoom dan Google Classroom (Meet)?

Pastinya sama seperti portal pembelajaran yang standard termasuklah bahan yang disediakan oleh pengajar (termasuk nota pembelajaran); aktiviti tutorial dan kuiz; petak forum perbincangan, komunikasi interaktif dan lain-lain.

Soalnya sejauh mana murid dan pelajar mampu menggunakannya dan tahukah pengajar menggunakannya?

Sungguhpun begitu, Google Classroom versi App Store kelihatan tidak terjejas, dan masih memiliki penarafan 4.4 bintang di Amerika Syarikat.

Selain itu, Google Classroom dan Zoom, juga disaingi nama-nama lain yang kurang tersohor seperti pelbagai aplikasi pelajar Blackboard dan Canvas dan penarafan mereka dilihat belum lagi terjunam.

Dalam masa yang sama, Google belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan untuk menerima perubahan mereka.

Kesimpulannya, sama ada pelajar hanya menghentam kedua-dua aplikasi tersebut untuk menghindari daripada membuat tugasan, atau jika kualiti perkhidmatan sebenarnya telah terkesan akibat penggunaan yang meningkat, Covid-19 juga sebahagiannya daripada puncanya.

-BebasNews

Please follow and like us:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here