Covid-19:Tun Mahathir nasihat tukar acara hidup kerana pengurangan pendapatan

    0
    312

    Oleh FETTY RARA

    RAKYAT Malaysia seharusnya menjangkakan berlaku perubahan cara hidup memandangkan pendapatan bulanan semakin berkurangan berikutan kesan wabak Covid-19, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau berkata kita perlu terima hakikat bahawa jika perniagaan merosot kita tidak boleh mengharapkan untuk dibayar seperti keadaan sebelumnya.

    “Semua kita akan berdepan dengan pengurangan pendapatan, dan oleh itu cara hidup kita perlu diubah. Kita tidak boleh menikmati cara hidup mewah lama yang memerlukan wang,” kata bekas perdana menteri dalam wawancara ‘live’ bersama MyPerintis melalui Facebook hari ini (6 April).

    Dengan pengurangan perbelanjaan cara hidup beliau berkata rakyat Malaysia akan boleh menyesuaikan diri dengan pendapatan lebih rendah yang seterusnya mengurangkan beban ke atas majikan.

    Dr Mahathir memberi contoh pemain bola sepak yang mahukan supaya dibayar jumlah yang sama, tetapi mereka tidak lagi bermain bola. Tiada siapa yang menonton atau membeli tiket perlawanan, jadi bagaimana syarikat akan membayar mereka gaji yang sama?

    Rakyat Malaysia, kata beliau, mesti terima hakikat perubahan perbelanjaan cara hidup dan mengurangkan perbelanjaan, selain mempertimbangkan cara untuk mencari kerja sampingan.

    Secara dasarnya beliau merujuk kepada standard kehidupan tinggi sebelum ini, seperti memakai pakaian mahal dan berparti…semuanya perlu dihentikan.

    Menurut Dr Mahathir sekiranya kita sanggup berbuat itu semua kita boleh melepasi tekanan pandemik Covid-19 dengan lebih cepat.

    Ramai pakar di serata dunia meramalkan bahawa dunia akan mengalami kemelesetan kerana syarikat-syarikat di negara paling maju tiba-tiba terhenti bagi mengekang penularan wabak tersebut yang setakat ini telah menjangkiti lebih daripada 1.27 juta orang.

    Dr Mahathir menasihatkan rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan disebabkan PKP supaya cuba mencari peluang pekerjaan lain yang amat diperlukan, seperti penghantaran dan memasak.

    Beliau merujuk kepada industri pengangkutan yang akan kekal aktif berikutan keperluan penghantaran.

    Oleh itu, beliau berkata mereka yang memiliki kereta boleh menggunakannya untuk kerja penghantaran bagi mendapatkan pendapatan sampingan.

    Beliau turut mengingatkan bahawa ekonomi negara telah berubah dan kita perlu mengekalkan apa yang dipelajari sekarang.

    -BebasNews

    Please follow and like us:

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here